Seorang Pendakwah Kristian yang bernama
Pat Robertson nampaknya beria-ia benar mendesak
Bush untuk melihat Islam itu sebagai ganas. Beliau
mahu Bush mendedahkan kepada dunia perihal keganasan
Islam yang bertolak dari anjuran Al-Quran sendiri.
Ini ditegaskan di dalam Akhbar ‘The
Washington Times’
dan dimuatkan pula dalam Berita Harian pada 27
November 2002.
2. Saya perhatikan satu sahaja.
Semacam ada pakatan antara pihak paderi dengan kuasa
dunia yang ada pada waktu ini iaitu Amerika lalu akan
disusuli dengan serangan tentera. Ini tidak jauh
bezanya dengan tragedi ‘Perang Salib’.
Ledakan konflik salib vs Islam itu telah sampai sejauh
pesisir pantai Selat Melaka dan Pulau Pinang.
Sejarah menyaksikan penjajah Portugis yang disokong
oleh paderi, pedagang dan tentera dibawah pimpinan
Alfonso D’ Alburquegue benar-benar menandakan sebuah
Ahzab yang melibatkan pihak gereja. Begitu juga
dengan Francis Light di Province Wallesley.
Konspirasi jahat 3 pihak antara paderi, kerajaan
kuffar dan kuasa tentera telah lama berlaku.
Kenyataan Pat Robertson, paderi nakal dari Amerika ini
menjelaskan sebuah dendam perang salib yang panjang
dan seakan-akan masih tidak berkesudahan. Umat Islam
seluruh dunia sedang membaca fenomena ini.
3.
Saya sesungguhnya tidak
faham kenapa paderi Kristian ini sangat bencikan agama
Islam dan penganut-penganutnya, sedangkan orang Islam
tidak pernah membenci orang Kristian. Malah apabila
disebut nama Nabi Isa, ia hendaklah dikuti dengan
perkataan Alaihissalam. Bukti sikap hormat Islam dan
penganut Islam kepada semua Nabi dan Rasul jelas
melalui keimanan kita kepada Firman Allah S.W.T. yang
bermaksud:
“Rasul telah beriman kepada Al Quran
yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula
orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada
Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan
rasul-rasulNya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak
membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain)
dari rasul-rasulNya”, dan mereka mengatakan: “Kami
dengar dan kami taat”. (Mereka berdoa): “Ampunilah
kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 285)
Orang Islam tidak ada dendam langsung
terhadap orang Kristian. Saya percaya
penganut-penganut Kristianpun pada umumnya tidak akan
membara kemarahannya kepada umat Islam jika tidaklah
kerana hasutan pemimpin-pemimpin gereja yang
berkepentingan demi
melangsungkan sebuah hajat khianat kuasa besar untuk
menjajah dan menjadi “crook” dan ‘samseng dunia’.
Sangat malang bagi paderi Pat Robertson untuk
mengapi-apikan Presidennya.
4. Alangkah terpujinya jika pihak
paderi di Vatican City berjemaah lalu mengeluarkan
fatwa untuk menyedarkan Bush diatas segala kebiadaban
dan penyembelihan yang dilakukan terhadap umat
Islam. Tidak cukup dengan menghirup darah
kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang awam yang
tidak berdosa di Afghanistan, kini mereka sedang
menyapu misai untuk membedil dan memusnahkan Baghdad
diatas nama niat suci mahu memburu pengganas dan
menghentikan keganasan. Hairan dan sungguh hairan.
Bolehkah keganasan menghentikan keganasan.
5. Tidakkah Majlis Gereja memahami
erti darah, nyawa dan harga kemanusiaan? Belum lagi
difikirkan kemusnahan bangunan-bangunan lama yang
telah menjadi khazanah dan dimiliki dunia. Jika PBB
boleh melihat patung-patung Ramsis di Mesir itu
sebagai tinggalan warisan zaman lalu menghabiskan
wang yang tidak sedikit bagi memelihara dan memagarnya
dari ditenggelami oleh pembinaan Empangan Azwan.
Paderi Pat Robertson perlu jujur untuk menasihatkan
Presidennya yang telah dan sedang mahu memusnahkan
Iraq. Mustahil senjata kimia dan bom nuklear
Amerika tidak akan menghancurkan
bangunan-bangunan antik yang telah menjadi warisan dan
khazanah dunia. Dimana hilangnya kepekaan dan nilai
budi paderi ini yang kononnya berguru ajaran dari Isa
Alaihissalam?
6. Jika diteliti dari sikap Islam
dari hal peperangan, Ayat Al Quran banyak menggesa
umatnya untuk membuat persiapan bagi menggerunkan
musuh. Tahap persiapan adalah mengikut keupayaan
‘sekuasa-kuasa kamu’. Al Quran tidak pernah
menganjurkan serangan dibuat dengan tidak bersebab dan
hanya bertolak dari sifat rakuskan perluasan empayar
untuk tujuan ekonomi dan mabukkan kekuasaan.
7. Dari segi sejarah pula, mana
ada sebuah negeri dan kerajaan yang tidak memiliki
senjata. Sekecil-kecil kerajaan rumah tangga
sekalipun, ada keris, badik dan kapaknya. Ini tidak
boleh dijadikan bukti keganasan.
8.
Nabi Muhammad S.A.W.
dihidupkan selama 63 tahun. Baginda telah diberikan
satu tempoh yang lengkap bagi mengemukakan Islam
sebagai petunjuk yang penuh lengkap. Ini termasuklah
juga aspek perdamaian dan peperangan; akhlak menyerang
dan bertahan apabila diserang. Nabi Isa Alaihissalam
sangat singkat kahadirannya. Baginda tidak sempat
berkahwin dan
terpaksa diangkatkan ke langit untuk diselamatkan oleh
Allah S.W.T. daripada pengkhianatan pemimpin-pemimpin
Kristian dan yahudi yang celaka. Sejarah sangat
setia dan telah membuktikan kebenaran ini.
9. Kenapa paderi tidak menegur
Amerika apabila Hiroshima dan Nagasaki dihancurkan
menjadi padang jarak padang terkukur. Kemana
menghilangnya suara paderi semasa Tora Bora dikoyak
dan dilebur oleh lontaran dan letupan bom serta
senjata merbahaya.
10. Mengenai sikap sinis orang barat
semata-mata kerana berpandukan perawakan akan orang
barat dan Arab selepas insiden 11 September 2001, saya
melihat orang ini amat berbeza dengan pendirian umum
masyarakat Islam. Kita tidak melahir dan mengasaskan
kebencian hanya kerana perawakan. Kita tidak pernah
bencikan Amerika kerana ia itu Amerika. Apa yang
masyarakat Islam bencikan adalah polisi pemimpinnya.
Mengasaskan kebencian kerana membawa perawakan orang
Islam jauh dari sikap bertamaddun. Jika diikutkan
laporan tahunan jenayah dan kebencian oleh FBI yang
mendapati bahawa berlakunya lonjakan sebanyak 160%
kebencian terhadap orang Islam maka hampir mengesahkan
bahawa peristiwa letupan ke atas Pentagon dan Bangunan
Pusat Dagangan Dunia di New York adalah angkara
rancangan Yahudi. Mereka sengaja melahirkan
kebencian serta merta terhadap Islam dengan menuding
angkara letupan itu kepada dunia
Islam. Walaupun sampai kini tidak ada bukti konkrit
tetapi Amerika melalui sokongan paderi khianat
seperti Pat Robertson ini telah
menyebar dan mencacak bendera Amerika di seluruh
pelusuk dunia. Diatas nama ‘memburu hantu’
yang tidakpun kelihatan, dibuktikan oleh dunia,
Amerikalah yang sedang menjadi ‘polong’ yang
menghirup darah manusia. Orang-orang seperti Paderi
Pat Robertson inilah yang sedang terbang menjadi
pontianak.