Apabila saya teliti gesaan Ab. Hamid
supaya saya bertaubat, tahulah saya yang ini sebenarnya yang
melampau dan keterlaluan. Ab. Hamid jelas
keterlaluan dan bukan saya. Beliau meminta saya
bertaubat kerana kira-kiranya saya telah melakukan
satu dosa besar kalaupun tidak murtad untuk menyamakan
sifat Allah dengan makhluk. (Lihat Berita Harian 2
Ogos 2002). Apabila saya serius dan menjelaskan
dasar ilmu yang membolehkan saya mengatakan demikian
lalu saya memberi kata dua kepada Ab. Hamid sama ada
mengaku bersalah secara terbuka atau bersedia
menghadapi tindakan undang-undang (Lihat Berita Harian
Selasa 20 Ogos 2002) beliau mulai kendur. Beliau
mula mengaku bahawa memang
|